
Pernahkah anda merasa susah nak move on. Pernah berada dalam situasi marah marah tanpa sebab?
Bila ada trigger badan akan terus shaking, resah, sakit kepala, pernafasan menjadi laju. Itu mungkin petanda anda belum selesai dengan peristiwa yang menyakitkan atau belum cakap berdamai dengan masa silam.
Antara kesan apabila seseorang berada dalam trauma berpanjangan. Kurang keyakinan diri. Kurang kawan. Tidak mudah percaya orang. Rasa diri tak berguna.
Jika tidak dirawat boleh membawa kepada putus asa. Putus harapan. Lagi parah jika masih berterusan, boleh membawa kepada keinginan mencederakan diri. Keinginan membunuh.
Jangan pelik jika saya katakan sangat bahaya kerana jika disimpan terlalu lama, ia boleh terbawa bawa kepada hasutan yang lebih membahayakan seperti masalah kemurungan, putus asa dan rasa ingin bunuh diri.
Memperkenalkan
‘Siri Bangkit Dari Sakit’
"Sebuah bicara psikologi berkaitan trauma, penderaan, pengabaian, luka batin semenjak kecil. ‘Siri Bangkit Dari Sakit’ merupakan talk secara atas talian bagi wanita yang berhadapan dengan dilema, tekanan perasaan, lemah semangat dan putus asa."
Anda pernah tak alami seperti ini
Selalu banyak fikir sehingga jadi penat
Susah nak move on daripada sesuatu insiden
Banyak kali bayangkan semula kesilapan sendiri
Terasa macam ada benda tak kena
Susah nak tenangkan perasaan bersalah, rasa diri tidak berguna
Kerap ada fikiran berbunyi "Kenapa ...
Tidak adil...
Kalau YA, maksudnya anda memang struggle dengan pemikiran sendiri.
Sebab ini antara kriteria individu yang memiliki trauma sehingga beri kesan negatif kepada hidupnya.
Tujuan
Tahu tak, ada skil untuk mengurus trauma?
Ya, memang ada. Dalam perspektif psikologi, pelbagai teknik dan tip bole diaplikasikan untuk bantu kita tenangkan pemikiran yang 'bising' ini, sekaligus meredakan rasa penat kepala itu.
Antaranya melalui kaedah ‘acceptance and apology’.
Kenali panel bicara psikologi ‘bangkit dari sakit’
Dr Saidatul Husna
Dr Nurul Saidatul Husna Mohamad Ab Karim merupakan seorang penulis yang merupakan pemegang ijazah sarjana muda perubatan dan surgeri dari bumi Mesir. Pernah memegang gelaran sebagai ikon wanita Saidatina Khadijah Negeri Kelantan pada tahun 2021.
Dr Saidatul Husna pernah berkhidmat sebagai doktor siswazah di Hospital Universiti Sains Malaysia dan sekarang menyambung dalam pengajian master di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor. Antara kecenderungan beliau dalam penulisan adalah berkaitan remaja dan kewanitaan.
Buku sulong keluaran beliau adalah berkaitan kesedaran tentang kanser payudara yang mana Dr Saidatul Husna menjadi penulis utama berkolaberasi dengan doktor pakar bedah, pakar onkologi, pakar patologi kimia, pakar psikiatri, pakar radiologi dari Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menghasilkan buku bertajuk ‘Mudahnya Mengenal Kanser Payudara’
Minat yang mendalam dalam membantu para wanita menyeimbangkan antara 3 elemen manusia iaitu fikiran, emosi dan tingkah laku membawa Dr Saidatul Husna ke banyak platform ceramah, talk, seminar secara atas talian bahkan secara bersemuka di kebanyakan tempat mahasiswa samaada di kolej dan universiti.
Antara hasil karya Dr Saidatul Husna adalah berkisar tentang penjagaan diri remaja semasa akil baligh iaitu buku ‘Formula Penjagaan Diri Gadis Remaja’. Penerimaan tinggi di kalangan ibu bapa Malaysia membuatkan buku ini berada di tempatnya sendiri dalam rujukan anak remaja perempuan mendapatkan info berkaitan penjagaan diri atau ‘self care’.
Antara hasil karya Dr Saidatul Husna yang lain adalah buku cinta dalam ujian yang merupakan kolaberasi bersama antara beliau bersama Prof Datuk Dr Muhaya Mohamed. Buku ini hasil karya beliau ketika berlakunya era pandemik covid 19. Yang mana objektif utama penulisan ini adalah untuk membawa tenaga atau ‘vibes’ positif di kalangan masyarakat agar sentiasa bersangka baik terhadap ujian wabak yang melanda pada ketika itu.
Dr Saidatul Husna sehingga ke hari ini optimis dalam menyampaikan segala bentuk bantuan penulisan dan ceramah secara ilmiah buat para wanita bermula dari usia remaja, fasa mahasiswa sehingga usia mereka dewasa, berkahwin dan memiliki keluarga.
Puan Alicia Ngiam
Puan Alicia Ngiam adalah seorang penulis, juga merupakan bekas PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) survivor. Merupakan graduan ijazah sarjana muda psikologi dari Upper Iowa University, Iowa. Buku-bukunya berkisar tentang topik pembangunan wanita dan kanak-kanak, serta psikologi positif.
Pada lewat tahun 2020, beliau ditawarkan pensijilan dari Australia, iaitu Certified Chief Happiness Officer, kerana usahanya dalam menggabungkan psikologi positif dan industry pelancongan. Beliau merupakan orang pertama di Malaysia untuk menerima tawaran itu.
Tumpuan tesis Alicia Ngiam kini pada trauma dan adverse childhood experiences (ACE), atau pengalaman buruk kanak-kanak. Selain dari itu, beliau juga sukarelawan MERCY Malaysia.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang tentang kemudaratan trauma dan adverse childhood experiences, sambil menyebarkan sains kebahagiaan.
Siri Talk Bangkit dari sakit ini tidak ada siaran ulangan. Jom lekas daftar segera.
Harga tawaran boleh tamat pada bila bila masa